Monday, April 04, 2005

Panduan Mengisi Borang LHDN

Adalah ingin dimaklumkan bahawa Pihak Persatuan Kebajikan Penduduk Seksyen 15, BBB akan mengadakan kursus panduan mengisi borang LHDN seperti berikut:

Tarikh : 7hb April 2005 (Khamis malam Jumaat)
Tempat : Surau Ibn Sina
Masa : Selepas Solat Isya (9.00 pm)
Penceramah : En Mohd Zin (Pegawai AUDIT LHDN)

Kursus kali ini adalah lebih kepada "Trainning for the Trainner". Diharap tuan/puan yang berhajat untuk mengikuti kursus ini dapat membawa bersama-sama beberapa dokumen seperti yang tertera dibawah:

  1. Borang Cukai Pendapatan 2004.
  2. Penyata pendapatan 2004 (borang EA dari majikan).
  3. Segala resit unntuk dikecualikan cukai spt:
    - Resit Zakat fitrah
    - Resit potongan Zakat
    - Resit Pembelian buku
    - Resit pembelian
    - Resit Rawatan
  4. Panduan Mengisi Borang BE (yang disertakan dengan borang).
  5. Alat menulis (pen, pensil, pemadam etc).

Diharap kursus ini akan dapat memberi menafaat bagi kita semua dan memudahkan kita untuk berurusan dengan pihak LHDN. Kehadiran pihak tuan/puan amat dihargai dan dialu-alukan. Sila hebahkan pengumuman ini kepada jiran tetangga anda.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,
Raja Abd Halim Bin Raja Muda
Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan
Persatuan Kebajikan Penduduk Seksyen 15.

No comments: